Baju kurung 2015, Yeay Boleh Pakai Pi Kerja Office

baju-kurung-for-office

Dah dapat 2 pasang baju kurung untuk di pakai pergi Kerja Office

Baju kurung 2015

Dah dapat baju . Dua-dua size ok

Yeay leh pakai pi keja. Tq!

Alhamdulillah, welcome sis ! Ceria sungguh pelanggan baju kurung kami bila terima parcel 2 pasang baju kurung Azidah Collection Online Boutique.

Untuk makluman sis, semua operasi perniagaan dan pengeposan baju kurung AC adalah dari pusat operasi tunggal kami dari Pasir Gudang, Johor. Dari sini, kesemua Baju kurung online kami di hantar melalui Perkhimatan Kurier Pos Laju ke semua lokasi Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapore, Brunei, Korea, US, UK dan sebagainya.

In shaa allah parcel baju kurung sis akan selamat sampai ke destinasi office atau rumah sis. Jika tak sampai, sis sis boleh minta kami No Tracking parcel pos laju sis. Kemudian, masukkan no tracking tersebut ke dalam web carian Pos Laju Track and Trace. Mudah sahaja kan sis ?

 

Baju kurung pahang cotton 2015

Syiokknya dapat hadiah Brooch dengan setiap pembelian Baju Kurung Pahang Azidah Eleyna 2015 kan sis?

Yup sis ! Memang betul.. Kami hadiahkan Brooch ye. Tawaran sah selagi stok kerongsang AC masih ada. Kalau stok brooch susut habis diberikan kepada pelanggan baju kurung kami, maaf ye sis. Kami tak boleh nak buat apa..

Baju kurung cotton Eleyna jenis material jenis cotton lembut.

Selesa corak pun tak jemu memakai memandang.

Harga RM99 ( termasuk pos laju ).

baju-kurung-pahang-ready-made-2015

Ini kata salah seorang pelanggan baju kurung Eleyna yang dah selamat terima baju kurung pahang nya yang berwarna peach dengan corak bunga kecil-kecil dalam corak menegak:

As salam. Baju dah sampai, Cantik..

Kain LEMBUT. Dah TRY selesa je Pakai.

Paling BEST dapat Hadiah Brooch yang Comel..

Tq Azidah Collection..

Welcome sis Niza, terima kasih untuk sis juga sebab sudi repeat order shopping baju kurung fesyen baju kurung 2015 Eleyna ini ye.

Nak tengok senarai Kurung Pahang Eleyna yang lain.. KLIK jer disini.

 

Baju Kurung Pahang Ready Made Berpesak

Baju-kurung-pahang-cotton-Pesak-gantung

Azidah Eleyna kurung pahang ini mempunyai pesak gantung di bahagian tepi kiri dan kanan.

Ini rupa bentuk pesak gantung baju kurung riau keluaran Azidah Collection Online Boutique. Ianya tidaklah terlalu kecil sehingga menyebabkan sis rasa sempit. Dan pesak gantung ini juga tidak terlalu besar hingga menampakkan ianya gedoboh bila dipakai.

Pendek kata, in shaa allah baju kurung Pahang Eleyna ini dijahit dengan secukup rasa. Cantik manis selesa bila di pakai.

 

Kain Susun Tepi Dengan Pinggang Berzip dan Bergetah

Ada ramai juga yang risau bahawa pinggang mereka tak muat bila melihat jadual saiz Kurung pahang Eleyna. Lebih kurang begini dialog pelanggan online baju kurung kami di dalam pm Facebook dan WhatsApp kami:

Sis, pinggang saya tak muat la sis..

Jangan risau sis, in shaa allah pinggang sis ngam muat dengan pinggang kain baju kurung pahang kami. Ianya memang direka untuk muat ngam dengan pelbagai jenis saiz ukur lilit pinggang pemakai-pemakai baju kurung.

Pinggang baju kurung Pahang siap kami dilengkapi dengan GETAH di keseluruhan pinggang.

Dan kami jahitkan Zip 10 inchi di bahagian atas susunan tepi untuk memudahkan sis memakai kain baju kurung pahang kami nanti.

Ini rupa bentuk pinggang bergetah Baju kurung pahang eleyna kami ye sis:

Baju-Kurung-Pahang-Pinggang-Getah

Pinggang Berzip dan Bergetah di keseluruhan pinggang Baju Kurung Azidah Eleyna.

 

Baju Kurung Pahang dengan Kain Susun Tepi Jenis Neutral

Sis pernah jumpa tak dengan kain susun tepi jenis Neutral?

Mesti ramai yang bertanyakan.. Neutral macam mana pula tu sis ?

Begini sis, kain susun tepi kami design kan jenis neutral supaya tidak timbul masalah kepada si pemakai kain susun sebelah kanan atau kiri. Jadinya memang adil untuk semua pelanggan baju kurung pahang kami (^^,) .

Baju kurung pahang dengan Kain susun tepi Eleyna ini, sis boleh letak di sebelah kanan atau kiri.

Dan istimewanya, ianya juga boleh di letakkan di sebelah Belakang juga. Ala-ala macam kain jenis ropol kipas belakang gituu..

Ini kami ambil gambarnya kedudukan jenis kain susun tepi dan susun belakang baju kurung pahang kami ye:

Baju-Kurung-Pahang-Kain-Susun-Kiri-Kanan

Kain susun tepi jenis Neutral, yang boleh di pakai sebelah Kiri atau Kanan.

 

Baju-Kurung-Pahang-Kain-Susun-Belakang

Kain Susun Tepi yang juga boleh di letakkan di bahagian Belakang, supaya ia nampak kelihatan seperti Ropol Kipas di belakang.

 

Alhamdulillah, dah ramai yang terima parcel baju kurung pahang Azidah Eleyna kami dengan rasa senang hati. Material kain Eleyna lembut, di import khusus dari Luar Negara Malaysia untuk para pelanggan Baju Kurung Online Boutique AC. In shaa Allah ianya di jamin jenis kain cotton serap peluh yang berkualiti.

Sehinggakan, ramai juga yang berpesan kepada kami supaya terusan update masuk corak cantik-cantik Eleyna untuk mereka repeat order lagi.

Baju-kurung-pahang-cotton-sangat-selesa

Kata salah seorang pemakai baju kurung pahang kami ini:

SANGAT Selesa .

Betul-betul ngam dengan badan. Memang Best

Kalau ada kurung pahang atau Kurung Biasa corak yang sama..

Nanti saya nak order lagi.. Suka sangat .

OK sis, in shaa allah kami adakan lagi baju kurung pahang Azidah Eleyna corak bunga kecil yang sweet-sweet lagi ye.

Koleksi Baju Kurung Pahang dengan Kain Susun Tepi Jenis Neutral DI SINI sis >> KLIK jer..

 

Sis Dah Langgan FREE Email Baju Kurung Azidah Collection ?

Setiap kali kami siap jahit baju kurung fesyen terbaru, kami akan update di dalam:

  1. Secret Group Facebook Azidah Collection, dan
  2. Senarai Mailing list kami.

2 kumpulan pelanggan istimewa Azidah Collection kami ini, kami berikan sedikit kelebihan kepada mereka.

Mereka adalah orang pertama yang kami akan maklumkan corak cantik terbaru baju kurung kami.

Jadinya tidaklah corak yang HOT gojess habis terjual sold out bila mereka nak order nanti.

Kann best, kalau setiap fesyen baju kurung terkini keluar.. sis adalah orang pertama yang dapat tahu dan pilih cecepat terlebih dahulu. Tak adalah melepas termenung gigit jari nanti.

Sis dah langgan Free email Baju Kurung AC ?

Kalau belum lagi, boleh daftar di bawah ini ye..

Memang rugi kalau tak follow Butik baju kurung Online Azidah Collection tauu sis.

Related posts: