Baju Kurung Cotton Fit Me Well macam Tailored Made

baju-kurung-cotton-kain-pelikat-macam-ready-made

” Your Baju Kurung FIT ME WELL , Macam Baju Kurung Tailored Made “

 

Baju kurung cotton ready made Selesa Memakai

Kami di Azidah Collection Online Boutique memang terus terkedu kelu bila terima testimoni baju kurung cotton koleksi Azidah Rosel dari Sis Emelia, dari Sarawak.

Sungguh terharu.

Terkedu bila membacanya testimoni baju kurung cotton kain pelikat Azidah Rosel ini sis. Serius.

Kata sis Emelia yang memakai baju kurung moden Azidah Rosel saiz M ( Berat 70kg, tinggi 160cm):

Each time I donning your baju kurung,
i dapat pleasant responses
Look decent and approachable

As U know, I am non-muslim
Tapi I dah lama pakai Baju Kurung since I was 18 years old

Your Baju Kurung FIT ME WELL ,
Especially the 3rd one (Kurung Moden Azidah Rosel) I bought from you

Macam it was TAILORED MADE
Fit height and weight from the shoulders, breasts, waist and hips

Even the arms length fit
And the kain covers my ankle

That is why I look forward to your baju kurung

Izinkan kami alih kan Bahasa Malaysia ye.

Testimoni pelanggan baju kurung cotton online kami.. sis Emelia katanya:

Setiap kali saya pakai baju kurung Azidah Collection,
saya terima respons yang baik
Nampak sopan dipakai

Macam yang sis tahu, saya non-muslim
Tapi saya dah lama pakai Baju Kurung sejak umur 18 tahun

Baju kurung moden sis SELESA ngam di pakai
Terutamanya baju kurung yang ke-3 saya beli dari sis (Kurung Moden Azidah Rosel)

Macam baju tempah ikut ukuran badan pula
Muat ngam dengan tinggi dan berat saya, dari bahu, dada, pinggang dan punggung

Lengan pun ngam panjang nya
Dan kain baju kurung menutupi hingga tumit kaki saya

Sebab itu saya nak order lagi baju kurung cotton siap Azidah Collection

Alhamdulillah, penat lelah kami di Azidah Collection merantau jauh ke luar negara Malaysia untuk dapatkan kualiti material kain cotton terbaik. Jenis yang lembut selesa memakai. Serap peluh dan tak luntur warna berbaloi akhirnya.

Kepuasan sis sis semua para pelanggan kami, di dalam pemakaian Baju Kurung adalah kepuasan kami juga.

 

Baju Kurung Moden Rosel di Gayakan di Majlis Kahwin Rakan

baju-kurung-moden-kain-cotton-corak-kotak

Riak muka gembira 2 orang pelanggan baju kurung cotton dewasa koleksi Azidah Rosel. SELESA katanya..

Kali ini, biar gambar berbicara pula.

Happy faces!

Riak muka gembira 2 orang pelanggan baju kurung cotton petak , Azidah Rosel kami di Majlis Kahwin rakan beliau, betul-betul buat kami gembira di Azidah Collection Online Boutique.

Lembut SELESA memakai kata mereka.

Sis sis yang dah grab pakai Baju Kurung koleksi kami, boleh lah share kan gambar sis melalui email kan atau WhatsApp ye.

Walau tak kenal bersua muka secara online, lihat wajah gembira sis.. bertambah semangat kami di AC untuk merantau lagi berjalan kaki untuk cari kain-kain yang best Kain BERKUALITI untuk jahit baju kurung cotton collection sis semua.

Kami faham, ada di antara sis yang RASA Koleksi Baju Kurung Rosel RM139 termasuk pos laju + Free Shawl adalah mahal. Ramai pelanggan kami SEBELUM ini pun rasa begitu. Tapi lepas mereka terima produk baju kurung dan shawl kami, baru mereka rasa BERBALOI dengan kualiti jahitan dan material Baju Kurung Cotton Azidah Collection.

Secara jujurnya, setiap kali kami outstation oversea untuk beli kain.. kami terpaksa berjalan kaki selama 8 jam setiap hari, selama 3  hari tau sis. Berjalan kaki dari kedai ke kedai, pilih rasa setiap kualiti kain kain untuk dapatkan material dan corak kain yang terbaik. Bukan mudah sis.

Dan sampai jer landing di Malaysia, biasanya memang kami akan terbaring kepenatan dan berehat selama seminggu.

Serius sis. Kisah betul. Tak tipu.

baju-kurung-cotton-kain-berkualiti

Kain Cotton Berkualiti untuk dijahit koleksi Baju Kurung, Jubah dan Shawl Azidah Collection adalah Di Import dari Luar Malaysia

Haa sis, kalau nak tahu .. gambar di atas, ada kawan yang snap curi. Huhu, masa ni memang tengah letih sangat mengangkut kain-kain ini bawa balik ke Hotel. Kemudian packing dengan jarum, salotape dan guni supaya kain-kain ini semua tak basah lencun dalam Kapal Laut.

 

Koleksi Baju Kurung Cotton Berkualiti

Tak sis.

Kami bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk.

Cuma untuk buktikan yang kualiti kain di Azidah Collection adalah jenis kualiti Import dari luar Malaysia. Jadi kos kain bahan mentahnya agak mahal sikit.

Terdapat pelbagai banyak kos dan tenaga yang terlibat untuk hasilkan sepasang Baju Kurung dan Jubah Dress yang berkualiti untuk sis sis semua pakai. Tak mengapa sis, yang penting sis selesa dan happy ye.

In shaa Allah, setiap bulan kami ada koleksi baju kurung terkini dan baju kurung cotton kotak terbaru.

BEST kan ?

Kalau setiap kali kami Upload Koleksi Baju Kurung atau Jubah Dress terbaru, Sis adalah orang pertama dapat tahu dan Grab Cecepat dulu..

Kalau sis suka dan nak lebih rapat lagi dengan kami di Azidah Collection, sis boleh langgan kami dengan isi kan maklumat Nama dan Emel dalam borang di bawah ini ye..

Related posts: