Baju Kurung Cotton Ready Made Tahan Lasak Warna Tak Luntur

Baju-Kurung-Cotton-Ready-Made-lembut-sejuk

Koleksi Kurung Moden Cotton Ready Made yang menjadi piliha ramai pelanggan Azidah Collection

Baju Kurung Cotton Ready Made

Baju kurung cotton ready made online atau baju kurung cotton siap Azidah Collection Online Boutique makin digemari ramai dari hari ke hari. Setiap hari, pasti ada pelbagai jenis pertanyaan tentang ukuran saiz dan juga material yang kami gunakan untuk menghasilkan sepasang baju kurung cotton.

Terdapat pelbagai jenis baju cotton di Azidah Collection Online Boutique. Antara nya :

✔ Baju Kurung Moden Cotton Azidah Carmela

✔ Baju Kurung Moden Cotton Rayon Azidah Eleyna

✔ Baju Kurung Moden Cotton Silk Azidah Qasna

✔ Baju Kurung Moden Cotton Corak Pelikat Azidah Rosel

✔ Baju Kurung Moden Cotton Gred AAA Azidah Alea

✔ Jubah Dress Cotton Azidah Raysa

 

Setiap jenis koleksi baju kurung cotton ini, dijahit dari material gred kualiti kain cotton yang berbeza. Maka, sebab itulah kami memberi nama koleksi baju kurung yang berbeza-beza.

Setiap jenis koleksi Kurung Cotton ini ada peminatnya yang tersendiri.

Ada pelanggan kami jenis yang suka memakai kurung moden sahaja. Ada juga yang hanya memilih untuk memakai Baju Kurung Pahang. Malah ada juga pelanggan kami yang lebih selesa untuk menggayakan Jubah Dress Muslimah Cotton yang polos selesa memakai.

Apa yang pasti, jenis pilihan cotton Azidah Collection adalah jenis Lembut selesa memakai. Bukan jenis cotton murahan keras kejung seperti kertas. Pemilihan cotton jenis kain serap peluh juga sangat dititik beratkan di dalam pemilihan fabrik kain cotton kami.

Baju Kurung Moden Cotton Tahan Lasak

Sebelum memulakan Azidah Collection Online Boutique, saya sendiri peminat tegar baju kurung dan memakainya sehari-hari untuk ke pejabat. Rutin harian di pejabat yang agak sibuk, membuatkan saya tiada masa banyak untuk memikirkan kondisi baju kurung.

Hihi , adakalanya tak sempat pun untuk iron baju bila ke pejabat.

Jadi saya mula memikirkan solusi jalan penyelesaian. Fabrik kain cotton apakah jenis yang selesa sedap di pakai namun tak memerlukan special attention penjagaan.

Jenis kain cotton yang saya boleh terus masukkan ke dalam mesin basuh, tanpa saya rasa risau atau pening kot kot baju kurung saya rosak di dalam mesin basuh automatik saya.

Jenis fabrik kain cotton sesuai cantik dengan naluri sebagai perempuan yang sentiasa mahu kelihatan cantik.

Motif corak kain fabrik  kecil-kecil menjadi pilihan tema koleksi Azidah Carmela. Buat pengetahuan sis sis semua, corak kecil boleh beri ilusi ramping tau. Dan juga bila dipakai tanpa gosok, memang tak ketara perasan renyuk kain cotton tersebut.

Syukur alhamdulillah, rupa-rupanya ramai juga wanita bekerjaya yang mempunyai masalah yang sama seperti saya. Jenis tak berapa nak rajin untuk uruskan baju kurung yang rumit-rumit. Bukannya malas. Tapi ada keperluan lain yang lebih memerlukan perhatian.

Maka tercetuslah koleksi Baju Kurung Cotton Moden Azidah Carmela.

Sedar tak sedar, sudah lebih 2 tahun kami hasilkan pelbagai jenis corak dan koleksi baju kurung cotton Carmela. Motif corak bunga-bunga kecil menjadi pilihan utama. Ada kain cotton yang berwarna ceria, dan ada juga yang berwarna gelap.

Almaklumlah, ada juga pelanggan kami yang bekerja makan gaji di sektor Kehakiman. Jenis hanya boleh pakai baju berwarna hitam sahaja di pejabat mereka.

baju-kurung-moden-tahan-lasak

Baju kurung moden cotton tahan lasak walau dah SETAHUN keluar masuk dalam Mesin Basuh

Hari ini, sedang asyik saya melayan berbalas messages pelanggan di Facebook page Azidah Collection, saya di sapa oleh salah seorang pelanggan lama kami, sis Fadzilah.

Sis Azi, baju kurung tu elok lagi…
Memang tahan lasak…
Walaupun dah nak masuk setahun lebih saya beli

Syukur alhamdulillah, Baju kurung moden Azidah Carmela yang dibelinya secara online dengan kami pada tahun lepas, masih lagi elok dipakai sehari-hari. Memang inilah kualiti yang kami inginkan untuk para pelanggan baju kurung Azidah Collection online store kami.

Saya sendiri jenis setia dengan setiap pasang baju kurung yang saya miliki. Malah saya masih lagi simpan baju kurung yang paling saya sayang, yang mana saya jahit sendiri ketika umur 17 tahun dulu. Sekarang usia dah pun menganjak ke umur 30-an.

Kata sis Fadzilah lagi:

✔ Warna pun TAK LUNTUR ,

✔ SENANG IRON

✔ Selesa dan tidak panas

✔ Jahitan pun ok, walau dah banyak kali masuk dalam washing machine

baju-kurung-cotton-senang-iron

Baju kurung cotton Azidah Carmela warna TAK LUNTUR, senang iron, selesa dan tak panas.

 

Tersenyum Senang Hati dengan Testimoni Baju Kurung Cotton Ready Made Azidah Carmela

Bila dapat testimoni pelanggan berpuas hati, memang panjanglah senyuman meleret kami di AC.

Bukan mudah untuk kami hasilkan sepasang baju kurung yang berkualiti.

Bermula dengan pemilihan fabrik cotton lembut terbaik. Membawa beribu meter kain cotton untuk operasi jahitan baju kurung.

Mengangkut baju kurung tersebut untuk operasi Quality Checking (QC). Dan seterusnya proses iron gosok baju kurung tersebut sebelum di masukkan ke dalam plastik, siap sedia untuk pos laju.

Kalau sis sis lakukannya sendiri, pasti ambil masa antara 2-3 hari juga kan sis ?

Itu tak kira lagi penat bawa kereta untuk ke shopping complex untuk pergi beli kain di kedai secara offline. Kemudian beli aksesori jahitan seperti benang, jarum, zip dan sebagainya.

Tapi dengan adanya baju kurung ready made siap sedia untuk dipakai. Sis sis tak perlu semua proses RUMIT itu semua. Biarlah kami di AC melakukan kesemua tugasan tersebut di pusat Operasi kami Pasir Gudang Johor.

Penghantaran baju kurung cotton ready made Azidah Carmela boleh dilakukan serta merta pada hari yang sama jika sis sis membuat pembayaran sebelum jam 2 petang.

Dan In shaa allah sampai di pejabat sis pada keesokan harinya. Kemudian, boleh terus pakai baju kurung moden cotton readymade tersebut. Mudah kan?

 

Related posts: