Baju Kurung Cotton Siap Azidah Carmela Cantik Lembut Kainnya

Baju-Kurung-Cotton-Siap-lembut-sejuk

Azidah Carmela – Baju Kurung Cotton Siap Lembut Sejuk bila di pakai

Baju Kurung Cotton Siap

Mudah kan? Kalau order baju kurung cotton siap hari Khamis secara Online Facebook atau shopping cart, bank in dalam hari yang sama.

Keesokan hari nya Jumaat.. posmen pos laju dengan lajunya hantar baju kurung nya ke pejabat atau rumah sis.

Di malam hari, bolehlah sis cuci baju kurung siap tadi guna mesin basuh. Di pagi Sabtu dah pun kering.

Kemudian, boleh iron baju kurung moden tadi untuk tampil kemas sopan di Majlis Hari Kahwin rakan. Syukur sempat pakai baju kurung baru. Hehe

 

Kualiti Baju Kurung Cotton Siap

Untuk pengetahuan sis, terdapat banyak kualiti atau gred cotton di pasaran. Ada jenis kain cotton lembut dan ada juga jenis kain cotton keras.

Kain cotton atau kain kapas dihasilkan dari pokok Cotton. Ada pokok cotton yang di tanam di Australia , India , Afrika, Jepun dan sebagainya.  Maka tidak hairanlah jika kualiti baju kurung siap cotton online berbeza-beza di antara satu kedai pakaian online dengan kedai pakaian yang lain.

Untuk koleksi Azidah Carmela, baju kurung cotton eksklusif ini dihasilkan dari kain cotton LEMBUT dan sejuk pakai. Bersesuaian dengan cuaca Malaysia jenis panas dan hujan sepanjang tahun.

Ini antara testimoni pelanggan baju kurung cotton berkualiti Azidah Carmela, Sis Maria.

Baju-Kurung-Cotton-Siap-lembut

Baju Kurung Cotton Siap Very BEAUTIFUL. Comel sangat bunga-bunga nya.

Kata sis Maria:-

Assalammualaikum Azi,

Baju Camela 2 pasang dah sampai tau..

Very BEAUTIFUL. Comel sangat bunga-bunga nya.

Sesuai sungguh bila saya pakai. Anak kata CANTIK,

Kain pun LEMBUT. Memang sesuai ibu pakai dan nampak lagi MUDA.

Inilah antara kelebihan baju kurung cotton dah siap Azidah’s Collection. Ramai peminatnya. Corak kain cotton dengan motif bunga-bunga kecil menjadi pilihan ramai.

 

Baju Kurung Cotton Siap Menjadi Pilihan sis Plus Saiz dan Bertubuh Kecil Molek

Corak baju kecil-kecil memang rata-rata dah ramai tahu, yang ianya boleh berikan imej ramping slim kurus bila dipakai.

Maka tidak hariranlah jika Azidah’s Collection mempunyai ramai sis sis yang berbadan gempal dan plus size. Menjadi satu penghormatan buat kami untuk terus menghasilkan baju kurung moden plus saiz , baju kurung pahang cotton siap dan jubah dress buat sis sis semua.

Boleh baca Artikel tentang Survey di Facebook Topik:

Baju Kurung Moden Saiz Besar dengan Motif Corak Kecil , Apa Kata Pelanggan Baju Kurung Moden Saiz Besar Azidah Collection?

Kami juga menerima banyak permintaan koleksi baju kurung cotton comel dari pelanggan yang bertubuh kecil kurus. Corak comel sangat memang sesuai dipakai untuk semua golongan peringkat umur.

Baju-Kurung-Cotton-Siap-comel-kurus

Koleksi baju kurung cotton comel untuk pelanggan yang bertubuh kecil kurus.

Ada sis yang memakai baju kurung moden dewasa kami sebagai pakaian harian.

Ada ramai juga cikgu-cikgu sekolah memakainya untuk hadir mengajar di sekolah. Corak dan warna yang sederhana jadi pilihan agar nampak sopan di mata anak-anak murid mereka.

Malah ada juga Doktor perubatan yang memakai koleksi baju kurung moden cotton dan kurung pahang cotton kami untuk pergi kerja di Hospital-hospital swasta dan kerajaan.

Tidak ketinggalan juga para Pegawai Eksekutif Institusi Perbankan yang memilih baju kurung moden kami sebagai pakaian sehari-harian.

Ini antara salah satu testimoni positif para pelanggan Azidah’s Collection yang telah memakai baju kurung ready made Azidah Carmela, Sis Suraya.

Baju Kurung Cotton Siap cantik

Cantik sekali baju dan tudungnya, kata sis Suraya

Sis Suraya merupakan salah seorang pelanggan setia di Azidah’s Collection Online Boutique. Telah banyak pasang kurung moden kami dibelinya untuk dipakai pergi kerja. Dan  shopping baju kurung siap kami sewaktu musim Hari Raya. Terima kasih banyak ye sis Suraya. Kata sis Suraya:-

Tq sis. Cantik sekali baju dan tudungnya

Pada ketika artikel ini ditulis, kami sedang membuat Promosi Koleksi Baju Kurung Siap Cotton Azidah Carmela. Dengan setiap pembelian baju kurung moden ready made Carmela, kami hadiahkan sehelai Shawl Chiffon Georgette yang matching dengan warna baju kurung Azidah Carmela.

Alhamdulillah, ramai yang dah terima shawl dan baju kurung kami, berpuas hati dengan kualiti material kain lembut dan jahitan kemas. Shawl percuma berkualiti ini jenis mudah pakai tau sis. Jenis senang jer untuk dibentuk dan digayakan.

 

Sis sis ada yang berkenan dengan Baju Kurung Moden Siap kami?

Online Shop Baju Kurung Cotton siap kami beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Urusan penghantaran pos laju baju kurung dilakukan 5 hari berkerja setiap minggu.

Sekiranya sis sis ada masalah di dalam pemilihan saiz, sis sis semua boleh SMS / WhatsApp kami di 017-7850858 (Azi) untuk dapatkan khidmat nasihat ukuran saiz yang bersesuaian.

SMS / WhatsApp : +6017-850 858

Email : azidahcollection@gmail.com

Untuk chatting secara langsung dengan kami, Facebook page Koleksi Baju kurung kami adalah >> Azidah’s Collection

Mohon sis klik LIKE dan Get Notification Facebook kami untuk mendapatkan updates dan pelbagai INFO secara percuma tentang fesyen baju kurung moden siap.

Related posts: