Baju Kurung Kain Pelikat Cotton – Tips Penjagaan Supaya Kekal Cantik

baju-kurung-kain-pelikat-cotton-kuning-kelabu

Baju Kurung Kain Pelikat Cotton

Baju kurung kain pelikat memang cantik bila di pakai. Nampak klasik anggun wanita Melayu.

Kebanyakan kain pelikat untuk buat baju kurung adalah jenis material kain Cotton. Setiap jenis kain ela pelikat atau kain pelikat untuk jahit kain sarung adalah tidak sama jenis gred kualiti kain cotton.

Ada jenis kain pelikat lembut, dan ada juga jenis kain pelikat yang kurang lembut. Bergantung kepada sis sis semua untuk membuat pilihan di dalam pembelian baju kurung corak pelikat cotton di pasaran.

 

Fabrik Cotton Lembut untuk Baju Kurung Kain Pelikat

Kami di Azidah’s Collection Online Boutique memilih untuk menggunakan material kain pelikat ela jenis lembut GRED A. Harga nya agak mahal sikit jika dibandingkan dengan kain ela pelikat gred lain yang lebih murah.

Keselesaan pelanggan baju kurung butik online kami adalah menjadi keutamaan di dalam pemilihan fabrik cotton untuk dijahit baju:

  • Baju kurung pahang pelikat
  • Baju kurung moden corak pelikat
  • Dan jubah dress nursing friendly yang juga bermotifkan corak kotak-kotak pelikat.

 

Tips Penjagaan Baju Kurung Kain Pelikat Cotton Supaya Kekal Cantik

baju-kurung-cotton

Artikel kali ini kami akan kongsi share sedikit tips bagaimana untuk menjaga baju kurung cotton supaya kekal kemas selesa dipakai.

Sebelum itu, seeloknya kami bincangkan tentang latar belakang asal usul kain cotton kapas ini ye.

Merujuk kepada Simple English Wikipedia, Kain cotton adalah :

Cotton is soft fiber that grows with the seeds of the cotton plant. (Fiber is long and thin, like hair.)

After the cotton fiber is gathered from the plant, it can be made into thread.

The cotton thread can then be made into cloth.

The cloth can be used to make clothes for people and many other things.

Cotton clothing is very nice to wear, especially in hot weather, and is easy to move around in.

Cotton adalah sejenis fiber yang tumbuh daripada biji pokok kapas (cotton). Fiber ini bersifat halus dan panjang seperti rambut. Daripada fiber cotton, dijadikan Benang.

Selepas benang, dijadikan kain untuk pelbagai tujuan dijadikan pakaian, beg, langsir, alas meja makan dan sebagainya.

Kain cotton sangat selesa dan mudah untuk dipakai sepanjang hari. Terutama sekali di negara yang bermusim panas.

Maka dapat kita fahami bahawa bukan mudah untuk menghasilkan sepasang baju kurung cotton yang cantik selesa memakai. Terdapat banyak rantaian tambah nilai yang harus dilalui. Adalah tidah wajar untuk kita semua sebagai pengguna terakhir untuk meminta penjual seller baju kurung supaya memberikan diskaun semurah-murahnya. Kasihan kepada ramai rantaian tenaga kerja yang terlibat di dalam industri tekstil cotton kan sis..

Isi Kandungan Material Kain Cotton Untuk Jahit Baju Kurung

Kain cotton mengandungi bahan-bahan berikut:

80-90% Fibre pokok cotton kapas
6-8%       Air
0.5-1%   Fat
4-6%      Pectin. Dalam bahasa mudahnya, ia seperti agen pemekat di dalam pembuatan jeli atau kek.
1-1.8%    Ash

Ha sis, apa macam ?

Dalam kain cotton yang kita pakai sehari-hari tu, rupanya salah satu elemen nya adalah air. Itu sebab ramai pelanggan butik kami amat gemarkan Baju kurung cotton. Kata mereka..

“Sejuk , selesa memakai “

Boleh rujuk testimoni pelanggan kami Di sini >

Kualiti Baju Kurung Cotton Siap, Baju Kurung Cotton Siap Lembut Sejuk bila di pakai

 

Apa akan jadi bila Baju Kurung Cotton Tak Dijaga dengan Betul?

Ada tak sis sis disini yang balik dari mana-mana Majlis pada waktu tengah hari, terus sahaja campak baju kurung cotton ke dalam bakul atau mesin basuh?

Baju cotton tu pastinya basah atau lembab dengan peluh. Maklumlah, Malaysia kan cuaca panas.

Tiba-tiba je, dapat panggilan dari bos. Kena pergi outstation pula. Jadi baju cotton tadi.. terlupa nak cuci. Dan terbiarlah ia disitu beberapa hari.

Pastinya balik dari outstation dan ready untuk basuh baju cotton, ada semacam bau hapak atau busuk.

Kemudian bila ditilik betul-betul… rupanya baju cotton tadi dah pun ada TAHI LALAT. Huhu, sedih tak?

Ini semua terjadi sebab dalam kandungan cotton, ada air dan juga fiber cotton. Jika tak jaga dengan betul, maka naiklah tahi lalat ke atas nya.

Sama juga macam manusia. Bila mandi tak sabun cuci betul-betul, maka datanglah pelbagai penyakit kulit, kuman dan sebagainya.

OK sekarang, bila dah faham tentang isi kandungan cotton. Mudah untuk kita bincangkan tips-tips penjaagaan baju kurung cotton.

 

Tips Penjagaan Baju Kurung Kain Pelikat Cotton

Berbeza dengan baju kurung Cotton corak bunga-bunga, motif kain plain cotton pelikat lebih nampak jelas warnanya.

Baju-Kurung-Kain-Cotton-lembut

Baju Kurung Kain Cotton lembut koleksi Azidah Carmela dan Azidah Rosel

 

Setelah kita panjang lebar bercerita tentang sifat-sifat dan isi kandungan sebenar yang ada dalam cotton.. mari kita bincang tentang topik sebenar artikel ini. Bagaimana cara penjagaan baju kurung kain pelikat cotton supaya kekal cantik terpelihara.

1. Sebaik sahaja sis selesai menanggalkan baju kurung cotton kain pelikat, sekiranya tidak mahu cuci baju tersebut .. seeloknya gantung baju kurung cotton sis dengan menggunakan hanger. Ini supaya segala peluh atau lembapan yang ada di baju cotton tadi di udarakan kering terlebih dahulu.

2. Jangan sesekali meletakkan baju kurung cotton sis ke dalam mesin basuh atau bakul sekiranya belum sedia untuk mencuci. Ditakuti ia akan jadi hapak dan seterusnya naik tahi lalat.

3. Perhatikan baju kurung cotton sis elok-elok. Kalau ada terkena tumpahan minyak atau gulai. Seeloknya di sapukan sedikit sabun cecair atau serbuk ( yang telah dibasahkan) ke atas kotoran tersebut.

4. Setelah itu rendamkan baju cotton ke dalam air sejuk yang ber suhu kan bilik selama 20-30 minit di dalam baldi. Pastikan baju berwarna putih dan baju berwarna diasingkan. Manalah tahu, kemungkinan ada baju yang luntur warna. Takut rosak pula baju kurung cotton yang berwarna cerah habis rosak.

5. Jangan rendam terlalu lama ye sis, seperti 2-3 hari. Di takuti nanti ada bau busuk pula. Fabrik cotton mungkin akan rosak dan warna pula mungkin sedikit pudar.

6. Setelah 30 minit rendaman, gosok-gosokan kesan kotoran tadi. Dalam bahasa lain, cuba sis tenyeh atau sental di bahagian kotoran degil Kalau gunakan sabun cecair biasa masih tak hilang, mungkin boleh cuba pencuci Vanish pula.

7. Buangkan air rendaman. Dan masukkan ke dalam mesin basuh. Dicadangkan guna Menu Gentle cycle.

Jangan gunakan speed hard menu yang kebiasaannya digunakan untuk basuh seluar jeans tebal. Berlemah lembut dengan kurung moden cotton sis ye. Tadi kan kita dah bincang tentang fiber cotton yang halus tuu.

8. Sebaik sahaja mesin basuh automatik sis habis selesai mencuci, terus buka mesin basuh dan kibaskan baju cotton tadi. Cuba urut-urut tegakkan baju kurung tu semula.

Jangan biarkan baju kurung pelikat cotton sis mengerekot kedut dalam washer machine terlalu lama. Ditakuti nanti benang cotton susah untuk lurus straight semula. Dan seterusnya membuatkan baju cotton sis renyuk teruk.

9. Sebaiknya gunakan Hanger kayu untuk sangkut sidai baju kurung cotton sis tadi. Kalau sis tanya kenapa ?

Jawapannya Hanger Kayu adalah sahabat baik kepada kain cotton yang berasal dari pokok kapas. Hanger kayu ini tidak mengelurkan suatu elektrostatik yang boleh merosakkan gentian fiber kapas.

Namun kalau tiada hanger kayu, hanger plastik juga boleh digunakan ye.

Baju-Kurung-Kain-Pelikat-Cotton-cara-hanger

Sebaiknya gunakan hanger kayu untuk sangkut Baju Kurung Cotton

10. Jangan sidai baju kurung cotton sis terus di bawah terik cahaya matahari. Cukup untuk sidai baju kurung cotton di bawah ampaian yang redup terlindung dari cahaya matahari dan mempunyai pengudaraan yang baik.

11. Alhamdulillah, dah kering pun baju kurung cotton sis. Apa langkah yang seterusnya ?

Kalau rajin, sis boleh terus iron baju kurung cotton dan terus simpan di dalam almari. Jika belum ada masa untuk iron seterika baju kurung moden cotton, seeloknya lipat elok-elok kemas dan susun di dalam almari yang mempunyai sistem pengudaraan.

Kalau sis tiada almari yang mempunyai sistem udara, sebaiknya sis boleh beli dapatkan Thirsty Hippo Dry Moisture Absober atau Silica Gel untuk diletakkan bersama dengan baju kurung cotton tadi. Ia bertujuan untuk meyerap segala jenis lembapan air.

Ini penting untuk memastikan baju cotton sis sentiasa kering. Di awal artikel tadi, kita dah tahu kan .. yang kain cotton ada 6% kandungan air. Kalau baju cotton tak kering betul, kemungkinan besar baju cotton sis akan sedikit berbau dan bertahi lalat.

Baju-Kurung-Kain-Pelikat-Cotton-cara-penjagaan

Sebaiknya, simpan Baju Kurung Kain Pelikat Cotton di dalam almari bertutup dengan penyerap air dan lembapan.

12. Akhir sekali, tiba masa untuk seterika baju kurung cotton sis supaya nampak kemas dan tak comot.

Suhu nombor 2 dan 3 sesuai untuk cotton. Jika suhu nombor 1, ianya kurang sesuai dan tak cukup suhu. Kami di Azidah’s Collection menggunakan Steam Iron jenama Panasonic. Hanya perlu lalukan sahaja muncung steam iron ke atas baju kurung cotton. Dengan segera baju cotton sedia untuk digayakan di sesi penggambaran.

Jika sis tiada steam iron, tidak mengapa. Gunakan sahaja iron biasa bersama spray air atau Kiwi Kleen Fabric Starch. In shaa allah ia boleh membantu sis untuk dapatkan baju kurung moden pelikat cotton yang kemas cantik sedia untuk dipakai.

13. Sangkut dan anginkan baju kurung cotton yang sedang panas. Kemudian, bolehlah terus memakai baju kurung cotton pelikat sis itu ye.

Sekian terima kasih. Moga perkongsian Baju Kurung Kain Pelikat Cotton – Tips Penjagaan Supaya Kekal Cantik dapat membantu sis sis semua menjaga Baju Kurung cotton kesayangan sis semua ye.

 

Sis sis ada yang berkenan dengan Baju kurung corak kain pelikat Rosel kami?

Baju Kurung Kain Pelikat Cotton Online Shop kami beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Sis sis boleh membuat tempahan melalui Online Shopping Cart kami.

Namun kalau ada sedikit kekeliruan untuk pemilihan saiz, sis sis semua boleh SMS / WhatsApp kami di 017-7850858 (Azi) untuk dapatkan khidmat nasihat ukuran saiz yang bersesuaian.

SMS / WhatsApp : +6017-850 858

Email : azidahcollection@gmail.com

Untuk chatting secara langusung dengan kami, Facebook page Baju Kurung Kain Pelikat Cotton Online kami adalah >> Azidah’s Collection

Mohon sis klik LIKE dan Get Notification untuk mendapatkan updates dan pelbagai INFO percuma tentang fesyen Baju Kurung Kain Pelikat Cotton dari Azidah’s Collection Online Boutique ye.

Related posts: