Baju Kurung Modern Online – Siapa sangka orang Korea pun Suka Baju Kurung

baju-kurung-modern-online-ke-korea

Trainer Wanita Korea berkenan dengan Baju Kurung Azidah Zehra

Baju Kurung Modern Online

Kami di Azidah Collection Online Store rasa agak terkejut juga bila terima WhatsApp yang bertanyakan samada kami boleh pos laju baju kurung modern online kami ke Korea atau tidak.

Mula timbul tanda tanya..

Macam mana pula wanita Korea boleh berkenan dengan kurung moden Azidah Zehra Flocking kami yang berada di Malaysia?

Selidik punya selidik, alkisahnya ada salah seorang pelanggan Azidah Collection Online Boutique menggayakan pakai baju kurung moden kami ketika hadiri Kursus di luar negara , Korea.

Trainer atau guru Korea beliau berkenan suka dengan design corak baju kurung Zehra yang dipakainya ketika menghadiri kelas.

Pelanggan kami ni, baik hatinya. Sebaiknya sahaja tahu bahawa Trainer nya suka dengan sopan cantik baju kurung kebanggaan wanita Melayu, terus sahaja whatsApp kami. Bertanya samada pihak AC ada ready stok baju kurung moden Zehra.

Mujur kami sentiasa ada ready stok baju kurung moden siap. Siap sedia untuk di pos laju serta merta. Azidah Collection adalah salah sebuah online shop baju kurung modern yang beroperasi dari Pasir Gudang, Johor, Malaysia.

 

Baju Kurung Modern Azidah Zehra

baju-kurung-modern-online-cotton-baldu

Ramai pelanggan Azidah Collection suka kan kualiti Kurung Modern Cotton Baldu

 

Untuk pengetahuan sis, Azidah Zehra adalah antara koleksi baju kurung kegemaran ramai pelanggan baju kurung moden online store kami.

Antara baju kurung moden yang terlaris favourite fans online Facebook page Azidah’s Collection.

Ianya dijahit dengan kemas dari kain material SB Line atau juga di panggil kain Cotton Baldu. Jenis kain lembut berkualiti.

Kurung moden Kain SB Line ini jenis baju kurung mudah urus. Ianya boleh cuci dengan menggunakan mesin basuh. Jadi, tak perlu lah nak dry cleaning atau cuci dengan basuhan tangan. Masuk dan putar sahaja dalam mesin basuh automatik sis. Kemdian boleh terus sidai keringkan.

Selain daripada itu, kurung modern Zehra juga tak kusut renyuk selepas basuhan. Kain jenis lembut tebal macam ala-ala Baju Melayu Lelaki. Kalau tak berkesempatan, tak gosok iron pun tak apa sis.. No worry to iron.

Maka tak hairanlah kalau baju kurung moden Azidah Zehra menjadi pilihan ramai pelanggan wanita Azidah Collection. Yang dah pakai, memang ramai yang kata SELESA dan sedap pakai.

Kata salah seorang pelanggan yang dah beli baju kurung modern online Azidah Zehra kami, katanya:

Salam sis,
Saya dah terima baju tu. Cantik sangat.. sukeee.
Jahitan KEMAS. Jahitan sembat dia pun kemas dekat labuh baju.
Saya suka juga dekat labuh tangan tu, dia jahit instead of sembat.
Thank you so much sis.. Kain cotton baldu memang Osemm.

Oh ya, berbalik kita kepada pelanggan kami yang memesan baju kurung online melalui WhatsApp dari Korea..

Penghantaran Baju Kurung Modern Online ke Korea

Untuk penghantaran sepasang baju kurung moden Zehra yang berat 500 gram (0.5 kg kilogram), pihak butik baju kurung modern online Azidah Collection mempunyai 2 pilihan. Penghantaran selamat ke Korea boleh di buat dengan menggunakan perkhidmatan courier:

  • Pos Laju, masa penghantaran adalah antara 3-5 hari bekerja. Kos RM100
  • Syarikat antarabangsa DHL. Masa penghantaran antara 2-5 hari bekerja. Melalui panggilan telefon yang dibuat kepada pihak DHL.. Mereka boleh membuat self-collection di office kami Pasir Gudang, Johor terus di hantar ke Seoul, Korea. Kos nya adalah RM276

Kami memberikan pilihan kepada pelanggan kami samada mahu menghantar baju kurung online tersebut melalui perkhidmatan Pos Laju atau DHL. Untuk tujuan penjimatan kos, pihak pelanggan kami memilih untuk menggunakan perkhidmatan antarabangsa Pos Laju.

Ada borang khas untuk pengeposan pos laju antarabangsa. Selesai penghantaran di kaunter pos laju, kami berikan nombor tracking untuk memudahkan pelanggan kami memantau lokasi baju kurung moden beliau yang hendak dihadiahkan kepada Trainer Korea.

Syukur alhamdulillah, baju kurung selamat tiba di Seoul Korea dalam masa 2 hari bekerja. Hantar hari Selasa, pelanggan kami terima hari Khamis. Hari Jumaat berikutnya, sempatlah beliau menghadiahkan baju kurung kegemaran wanita Korea tersebut sempena hari terakhir last day beliau dengan trainer nya.

baju-kurung-modern-online-orang-korea

Baju kurung modern online selamat sampai di Korea dalam masa 2 hari bekerja.

 

Kami di AC sangat berbesar hati dan teruja apabila design baju kurung Azidah Collection mendapat tempat di hati Wanita Korea.

Sememangnya baju kurung sangat unik. Baju kurung sangat sesuai dipakai kemana-mana sahaja, pada pelbagai peringkat umur. Nampak sopan indah bila dipakai.

 

Kekalkan Imej Berbaju Kurung

Setuju tak kalau kami kata .. ?

Seharusnya kitalah wanita-wanita Melayu terus mengekalkan pakaian Baju Kurung sebagai pakaian sehari-harian.

Tak kira samada untuk pergi bekerja di dalam atau luar negara Malaysia. Atau pemakaian baju kurung ketika Majlis Formal atau santai bersama keluarga.

Seeloknya, dapatkan saiz yang bersesuaian agar ianya tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita. Selain dari memelihara warisan Melayu dengan berbaju kurung, wajiblah kita juga memelihara tuntutan agama Islam agar wanita beragama Islam menutup aurat.

Baju kurung dengan saiz yang bersesuaian bentuk tubuh badan, agar ianya tidak terlalu gedoboh ketika di pakai. Dan tidak terlalu ketat walaupun ketika memakai baju kurung moden.

 

Khidmat Nasihat Menentukan Saiz Baju Kurung Moodern Online

Untuk makluman sis, kami di AC cuba sedaya upaya untuk membantu para pelanggan baju kurung modern online shop kami untuk mendapatkan SAIZ baju kurung yang bersesuaian.

Jangan malu, jangan segan ye untuk WhatsApp kami di +6017-7850 858 (Azi) untuk  dapatkan khidmat nasihat saiz yang bersesuaian. Khidmat nasihat adalah percuma.

 

Oh ya ! Cutting atau ukuran baju kurung kami adalah tak sama dengan ukuran saiz boutique atau tukang jahit baju kurung yang lain. Kami ada rekaan dan ukuran kami yang tersendiri.

Hubungi kami di:

SMS / WhatsApp : +6017-850 858

Email : azidahcollection@gmail.com

Untuk chatting secara langsung dengan kami, baju kurung moden online facebook store kami adalah >> Azidah’s Collection

Mohon sis ISI kan Nama dan Alamat Email untuk mendapatkan updates dan pelbagai INFO percuma tentang fesyen baju kurung moden online terkini dari Azidah’s Collection. Nanti boleh lah cuci mata tengok-tengok baju kurung moden online dan shopping dengan kami ye.

Related posts: