Baju Kurung Pahang Fesyen ke Pejabat, Cantik MUDAH nak IRON

baju-kurung-pahang-cotton-lembut

Baju Kurung Pahang Fesyen ke Pejabat

Baju Kurung Pahang ohh Baju Kurung…

Sehari-harian bekerja di Pejabat, memang memerlukan banyak koleksi baju untuk di pakai.

Memang tak best kalau asyik pakai baju yang sama. Kadang-kadang terasa juga ada mata yang memandang dan berkata dalam hati.. uikh , asyik pakai baju yang sama ajer awak ni.

Untuk elakkan rasa boring, apa kata kalau bertukar-tukar warna dan potongan baju ke pejabat?

Isnin , pakai kurung moden. Selasa pakai Blouse dan Skirt.

Rabu pakai Jubah dress Cotton , Khamis pula sarungkan Kurung pahang.. dan Jumaat, buat pilihan pakaian sopan samada Baju Kurung pahang atau Jubah muslimah kain Satin Azidah Elise.

Nah.. selesai satu minggu punya outifits.

 

Apa Kata Pelanggan kami yang Sudah Memakai Kurung Pahang ke Pejabat?

baju-kurung-Pahang-Pink-rabiatun

Semakin Ramai yang dah jatuh CINTA dengan Baju Kurung Pahang koleksi Laurel ini. Pemilihan warna soft dan corak paisley dan bunga kecil-kecil menjadi tema untuk koleksi Laurel.

Namun sekali sekala , ada juga kami tampilkan motif abstrak di dalam mempelbagaikan variasi Laurel.

Pink sweet kurung pahang Laurel yang menjadi pilihan sis Rabiatun ini, memang kena sangat dengan pilihan tudung bawal.

Di pakai ke pejabat, memang SELESA katanya.

Material kain premium cotton LEMBUT Laurel serap peluh pula , berikan keselesaan untuk bergerak ke sana ke mari. Tak adalah masalah asheemm kann.. (^^,).

 

Kurung Pahang Kain Cotton Lembut Laurel Mudah Iron

baju-kurung-pahang-cotton-mudah-iron-ke-pejabat

Lain orang, lain juga taste pilihan nya.

Jadi bergantung kepada sis sis semua. Samada nak kata kain cotton Laurel kami ini jenis tebal atau nipis.

Bagi kami di Azidah Collection, syukur alhamdulillah sejak setahun yang lepas.. sudah ribuan baju kurung cotton Laurel sudah terjual.

Dari pemerhatian kami, alhamdulillah majoriti yang terima parcel baju kurung Laurel sangat Berpuas Hati dengan material kain cotton lembut Laurel.

Ini kata sis Wan Madihah.. pemalu orangnya ;

Selamat pagi sis,

Ke pejabat dengan Kurung Laurel hari ni

SANGAT SELESA di pakai

Mudah Nak Iron dan Cantik

Alhamdulillah, terima kasih sis Madihah. In shaa Allah nanti ada rezeki lebih, boleh grab koleksi Laurel yang lain pula untuk di pakai ke pejabat yer ..

 

Sejuk ajer Kurung Pahang Cotton Laurel

Azahar-Nur-Fiz-za-laurel-l041

Ini Kurung Pahang Laurel yang ke-2 sis Fiza dalam masa sebulan.

Mula terjebak dengan cotton Laurel sejak bulan puasa 2015 yang lepas. Juga di pakai ketika bertugas harian di pejabat Guaman. Itu dia, banyak sungguh fail-fail bersusun di belakang sis Fiza yer..

Corak paisley Biru lembut L041 yang di pakai sis Fiza ini, ketika artikel ini ditulis.. ada tinggal saiz M sahaja.

In shaa allah Selasa depan,  ada jenis corak yang sama.. dalam rona warna pink pula. Memang pesona corak paisley tak lekang dek zaman kan dear..

Cotton Laurel Sesuai dengan Cuaca Agak Panas

baju-kurung-pahang-cotton-lembut-laurel

Cikgu Zuraidah dari Sarawak pun SUKA memakai Kurung pahang Laurel ketika pergi mengajar ke Sekolah. Katanya:

Selesa sis…

Sebab tu selalu beli…

SESUAI dengan cuaca agak panas sekarang ni..

Terima kasih banyak sis Zuraidah, sebab sudi shopping baju kurung cotton Laurel AC yer.

 

Sis dah Cuba pakai Baju Kurung Pahang ke Pejabat ?

Kalau sudah.. alhamdulillah , terima kasih sis.

Kalau belum.. Apa kata sis cuba klik di Link Baju Kurung Pahang Azidah Laurel.

Ada banyak pilihan design corak dan warna Kurung pahang Cotton selesa memakai. Saiz yang ada seperti  yang tertera di shopping cart. Jika ragu-ragu dengan saiz yang sesuai dan padan dengan sis, boleh WhatsApp kami di +6017-7850 858 ( Azi ) untuk cadangan saiz yang sesuai.

In shaa allah dengan maklumat berat dan tinggi sis, kami akan cuba anggarkan saiz yang sesuai dengan bentuk tubuh badan sis yer.

 

Related posts: