Baju kurung pahang ready made Cotton lembut, pakai pun SELESA

baju-kurung-pahang-ready-made-online

Baju kurung pahang ready made Cotton Rayon

Selain daripada baju kurung moden cotton ready made, Azidah Collection Online Boutique juga ada menyediakan barisan baju kurung pahang ready made. Siap sedia untuk terus dipakai sebaik sahaja sis terima daripada posmen pos laju.

Koleksi baju kurung pahang cotton ready made online dari material Cotton Rayon sangat lembut bila dipakai. Kain cotton ada pelbagai jenis cotton. Cotton rayon adalah salah satu daripada ahli keluarga kain cotton.

Ini salah seorang pelanggan butik online kami yang memberikan maklum balas positif tentang kualiti material kain cotton rayon. Katanya:-

Salam sis,

Baju dah sampai. Kain LEMBUT sejuk dan memang terbaik dalam banyak-banyak koleksi baju ready made saya !

 

baju-kurung-pahang-ready-made-azidah-eleyna

Baju kurung pahang Kain LEMBUT sejuk dan memang terbaik

 

Baju kurung pahang ready made Cutting Besar

Koleki baju kurung pahang kami adalah cutting besar jika banding dengan koleksi baju kurung moden. Perbezaan utama yang menyebabkan cutting baju kurung Pahang ini besar adalah disebabkan ianya mempunyai pesak gantung di kiri dan kanan.

Ini saya tunjuk kan apa yang di maksudkan dengan pesak gantung ye. Pesak gantung di kiri dan kanan. Bermula dari bawah tangan hingga lah labuh ke lutut.

Baju-kurung-pahang-ready-made-pesak-gantung

Baju kurung pahang ada Pesak gantung di kiri dan kanan. Jadi cutting kurung Baju kurung pahang lebih besar jika banding Baju kurung moden

Berbeza dengan baju kurung moden, tiada pesak di bahagian kiri dan kanan. Namun di Azidah Collection Online Boutique, kami tambahkan zip sorok di bahagian kiri tepi baju untuk memudahkan sis sis memasukkan kepala ketika memakai baju.

Malah, ada juga pelanggan kami yang amat suka perincian zip sorok tepi ini, kerana ianya juga memudahkan beliau untuk menyusukan bayi di sebelah kiri. Hanya perlu angkat baju , pusingkan sedikit zip sorok ke bahagian dada dan mulakan penyusuan bayi nya.

 

Khidmat Nasihat Saiz Baju Kurung Pahang Ready Made Online

Kalau shopping baju kurung di butik , mudah untuk sis masuk ke Bilik persalinan untuk cuba ukur saiz yang bersesuain. Namun kalau buat pembelian secara online, memang agak sukar untuk menentukan saiz yang bersesuaian. Suka atau tak suka, sis perlu menggunakan jadual saiz yang diberikan sebagai panduan pemilihan saiz.

Kami di Azidah Collection Online Boutique telah lebih 2 tahun menjalankan perniagaan boutique online. In shaa allah dengan beberapa maklumat berikut, kami akan memberikan khidmat nasihat tentang saiz yang bersesuaian:

  • Maklumat tentang berat pelanggan
  • Maklumat tentang tinggi pelanggan
  • Ukur lilit dada dan punggung.
  • Ukuran bahu

Pakaian Ready Made Kurung Pahang Sebagai Pakaian Formal

Saya pernah terbaca di dalam salah satu blog fashion yang memberikan tips berpakaian formal untuk menghadiri majlis formal. Antara isi kandungannya adalah:

  • Pakaian kebangsaan Malaysia untuk wanita iaitu Baju kurung, adalah sesuai untuk semua jenis majlis dan keadaan.
  • Bagi sis yang bertudung, seeloknya pastikan warna shawl atau tudung dan baju adalah sedondon. Elakkan penggunaan pakaian fesyen yang pelik seperti beropol-ropol. 
  • Pemilihan warna baju kurung juga adalah penting supaya sis tidak terlalu menonjol sehingga menyebabkan orang lain tertoleh-toleh memandang ke arah sis. Situasi ini pasti akan menimbulkan rasa kurang senang duduk di Majlis Rasmi.
  • Bagi yang menghadiri majlis korporat, warna-warna seperti hitam dan putih, coklat tua atau coklat muda, biru tua, krim atau kelabu adalah sesuai untuk digayakan.
baju-kurung-pahang-ready-made-Pakaian-formal

Contoh Pakaian Ready Made Kurung Pahang Sebagai Pakaian Formal

 

Nak cuba Baju kurung pahang ready made Azidah Collection?

 

Untuk dapatkan koleksi Azidah’s Collection, mohon sis menghubungi kami di:

SMS / WhatsApp : +6017-850 858

EMail : azidahcollection@gmail.com

Atau Order Online di Laman Shopping Online Cart Baju kurung pahang kami : Azidah’s Collection Online Boutique

Untuk chatting secara langusung dengan kami, Facebook page Baju kurung pahang kami adalah >> Azidah’s Collection

Mohon sis klik LIKE dan Get Notification untuk mendapatkan updates dan pelbagai INFO percuma tentang fesyen Baju kurung pahang ready made Cotton lembut. Konsultasi tentang saiz yang bersesuaian juga boleh kami berikan secara percuma ye.

Related posts: