Baju kurung pelikat Azidah Rosel Serlah Pesona Unik

Baju kurung pelikat

Baju kurung pelikat Tak Jemu Memakai

Koleksi terbaru baju kurung pahang pelikat cantik dipandang, material kain 100% cotton kapas jamin tak jemu-jemu bila dipakai.

Malah ada di kalangan pelanggan butik online kami sampai pening tak tahu nak pilih yang mana satu. Yang pastinya, semua warna-warna fabrik baju kurung corak kain pelikat serius cantik ramai peminat masing-masing.

Warna-warna lembut atau juga dipanggil warna pastel pelikat sangat sesuai untuk dipakai sebagai pakaian formal. Sebagai contoh, baju kurung pahang corak pelikat sesuai di pakai ke Sekolah oleh cikgu-cikgu sekolah.

Buat golongan remaja yang baru sahaja tamat pengajian , boleh sahaja mengenakan baju kurung pahang kain pelikat untuk menghadiri sesi temuduga kerja. Rona  warna yang lembut , tidak striking sangat sesuai untuk menyerlahkan keanggunan wanita.

Untuk menambah seri ketika memakai baju kurung kain pelikat , gayakan bersama inner magic yang contrast warna shawl atau tudung. Ianya membuatkan warna pelikat bertambah seri melengkapkan gaya-gaya sis semua.

 

Baju Kurung Pelikat Serlah Pesona Unik

Sebaik sahaja koleksi kurung pahang bermotifkan corak kain pelikat di muat naik Facebook Azidah’s Collection.. 14 pasang telah habis terjual dalam masa beberapa jam sahaja.

Rupa-rupanya ramai sungguh yang meminati corak pelikat berwarna biru  dan kelabu pekat Rosel RK003.

Warna polos Baju kurung pelikat ini memang menarik nampak berbeza.

Baju kurung pelikat serlah pesona Unik

Antara pelanggan terawal kami yang mendapatkan koleksi kurung pahang pelikat Rosel adalah sis Daisy dari Kuantan, pahang.

Warna pilihan kurung pelikatnya adalah Merah dan Biru. Merah lambang keberanian dalaman, manakala biru pula tanda kelembutan.

Pilihan shawl atau selendang berwarna kelabu adalah ton warna pilihan popular, mudah digayakan dengan semua rona warna. Shawl panjang dengan knife cut di hujungnya dari Koleksi Azidah Seroja memudahkan pelbagai teknik dan stail lilitan sempurna di hadapan dan belakang dada.

baju-kurung-corak-pelikat

Ini kata sis Daisy sebaik sahaja menerima parcel 2 pasang baju kurung corak pelikat:

Assalamualaikum Azi…

Baju-baju tu dah selamat diterima petang tadi, sampai rumah terus cuba

Wahhh… ! Cantiknya akak suka, anak akak pun suka yg dia punya.

Katanya selesa & cantik, bolehlah dia pakai utk temuduga hari rabu depan. hehehe…

Terima kasih Azi, akak beli semuanya ya dan terima kasih untuk shawl tu juga ya

Padanan bijak ibu dan anak ini pasti membuatkan banyak mata yang memandang, kelihatan sopan menggayakan seleksi Baju Kurung cotton pelikat.

 

Baju kurung pelikat Azidah Rosel Terbang Dari Johor ke Sarawak

Faktor lokasi tidak menjarakkan Azidah’s Collection Online Boutique yang berlokasi Pasir Gudang Johor. Syukur ada perkhimata pos laju yang mendekatkan jarak Johor – Sarawak.

Seorang lagi peminat koleksi baju kurung kain pelikat adalah sis Halizah dari Sarikei, Sarawak. Seawal jam 1.47 pagi menghantar peasanan whatsApp untuk maklumkan kepada kami bahawa kurung pahang Rosel telah selamat sampai diterima.

Kata sis Halizah :-

Belum cuba lagi.. Kerja ni..
Masuk kerja pukul 11 malam tadi, nampak ada parcel..
Hati berbunga-bunga. Memang CANTIK.

Baju-Kurung-Pelikat

Sis sis ada yang berkenan dengan Baju kurung corak kain pelikat Rosel kami?

Baju kurung pelikat Online Shop kami beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun. Sis sis boleh membuat tempahan melalui Online Shopping Cart kami.

Namun kalau ada sedikit kekeliruan untuk pemilihan saiz, sis sis semua boleh SMS / WhatsApp kami di 017-7850858 (Azi) untuk dapatkan khidmat nasihat ukuran saiz yang bersesuaian.

SMS / WhatsApp : +6017-850 858

Email : azidahcollection@gmail.com

Untuk chatting secara langusung dengan kami, Facebook page Baju kurung pelikat Online kami adalah >> Azidah’s Collection

Mohon sis klik LIKE dan Get Notification untuk mendapatkan updates dan pelbagai INFO percuma tentang fesyen baju kurung pelikat cotton yang lembut.

Related posts: