Baju kurung plus size besar 2015

baju-kurung-plus-size-online-2015

Baju kurung plus size 2015

Berkaitan dengan Baju kurung plus size besar ini , ramai juga para pelanggan butik online Azidah Collection yang private message di Email , WhatsApp atau Facebok page tanya kami, lebih kurang begini..

Sis , saya ni besar lah. Takut tak muat jer tang dada dan pinggul

Saya minat betul dengan koleksi baju kurung sis

Tapi takut nak beli, takut tak muat..

Huhu, ada tak jual kain pasang jer sis ?

Mohon maaf ye sis, kami di Azidah Collection hanya menjual koleksi baju kurung dan jubah dress cotton sahaja. Semua kain dalam gulungan yang kami beli oversea , dah tiada baki.

Sudah habis di potong-potong di jahit jadi jubah dress , kurung moden , kurung pahang dan akan datang.. potong dan jahit jadi blause muslimah nursing friendly pula.

Jadinya, memang kami tiada simpan atau spare kain pasang di office pejabat kami. Kami di AC pun tak cukup kain nak jahit sis..

 

Cutting besar Baju Kurung Moden dan Baju Kurung Pahang

Untuk makluman sis, kami di AC adalah jenis cutting besar. Jadi memang sesuai untuk semua peringkat saiz tubuh badan wanita dewasa. Tak kira samada jenis badan berisi , kecil atau pun tubuh badan pear.

Semalam saya check emel , saya ada nampak order dari shopping cart untuk kurung moden saiz XL . Jadi terus kami balas email untuk ackowledge dan tanya berat dan tinggi sis yang buat order, sis Mariati

Saya betul-betul respect hormat dengan sis Mariati.

Sungguh sporting.

Berani mencuba sesuatu yang baru.

Tanpa teragak-agak beliau berani untuk mencuba cutting baju kurung moden Azidah Collection.

Berat badan beliau adalah 94 kg dan tinggi 165 cm.

Sebaik sahaja beliau buat bayaran secara online ke Maybank2u kami, terus kami bungkus dan pos laju baju kurung moden bersaiz XL pilihan hati nya.

Alhamdulillah, hari ni baju kurung moden XL dah pun sampai di pejabat beliau.

 

baju-kurung-bunga-kecil-ready-made-2015

Ini kata beliau di dalam emel nya kepada kami:

Assalammualaikum sis,

Dah terima baju semalam..

Cantik sesangat.. Memang NGAM dengan badan.

Macam hantar tempah pulak.

Jahitan pun halus dan kemas.

Shawl pun cantik

In shaa allah… saya akan beli lagi,

Terima kasih, saya beli ye

Alhamdulillah , terima kasih banyak sis Mariati kerana sudi dan berani mencuba cutting kurung moden kami. Moga sis berpuas hati dan selesa pakai ye.

Untuk makluman sis, semua kerja-kerja memotong kain dan menjahit koleksi baju kurung Azidah Collection semua dibuat secara MANUAL. Bukan automatik masuk ke dalam suatu mesin dan terus keluar dari mesin jadi baju kurung siap.

Jadi mungkin ada sedikit perbezaan sekitar 0.5 inchi. Mungkin terlebih, mungkin terkurang.

Pihak pengurusan kami akan cuba sedaya upaya berikan kualiti terbaik. Selepas proses menjahit selesai, semua baju dan kain akan di seterika sebelum di masukkan ke dalam bungkusan.

koleksi baju kurung dan jubah online yang di pos laju

 

Setelah itu, ianya akan melalui proses Quality Checking oleh team QC. Di sinilah kami jalankan proses yang terakhir sebelum kami pos laju kepada semua pelanggan.

Mohon maaf jika ada kecacatan atau ketidak kemasan.

Jika ada baju yang sis tidak berpuas hati, sis boleh snap tangkap gambar dan tunjukkan kepada kami melalui email atau whatsapp.

Tanpa banyak soalan, kami akan refund pulangkan duit sis jika sis sis tidak berpuas hati dengan kualiti produk Azidah Collection.

 

Baju Kurung Pahang Plus Size Besar

Baju-Kurung-Pahang-Plus-Size-Besar-2015

Jika tadi sis Mariati memilih untuk menggayakan baju kurung moden XL, sis Ilyani pula lebih selesa untuk mengenakan baju kurung pahang dari koleksi Baju kurung pahang Azidah Laurel.

Order juga di buat secara online di shopping cart baju kurung dan jubah kami.

Jika sis ada akaun Paypal, maka sis boleh buat bayaran menggunakan kad kredit Visa / MasterCard.

Seperti biasa, kami akan acknowledge email bayaran dan terus membuat penghantaran pos laju pada hari yang sama.

Kelebihan order di Shopping cart kami, sis boleh terus order dan buat bayaran tanpa menunggu saya confirm kan status Stok baju. Jadi sis boleh jimat masa menunggu dan dapatkan baju kurung idaman sis dengan mudah.

Jika banding order secara manual di WhatsApp, SMS, atau pm Facebook.. sis akan terpaksa menunggu saya reply. Jika saya ada urusan lain di luar , mungkin akan lebih masa untuk sis tunggu. Mohon maaf ye kalau saya terlambat.

baju-kurung-pahang-cotton-lembut-sejuk

Alhamdulillah, sama juga dengan sis Mariati. Sis Ilyani juga terima baju kurung pahang Laurel pada keesokan harinya, ini isi kandungan email yang dihantar kepada kami.

Salam sis,

Baju dah sampai.. Saya SUKA. Cantik sangat..

Kain LEMBUT dan SEJUK.. Brooch pun CANTIK.

Saya suka semuaaaa nya..

In shaa allah saya pasti akan beli dengan sis lagi.

Puas hati sangat !

Esok juga saya pakai..

Ini pertama kali saya beli baju secara Online SANGAT SELESA di pakai.

Tq sis.. U really made my day..

Alhamdulillah , welcome sis Ilyani. Moga sis terus selesa apabila memakai baju kurung pahang Laurel kami ye.

 

▶▶ CARA PEMBELIAN MUDAH Baju Kurung Plus Size Besar 2015 ◀◀

 

Masih ada sis sis yang masih rambang mata, dan tak tahu pilih baju kurung yang mana satu kannn ?

Apa kata, sis tengok-tengok dulu koleksi penuh baju kurung Azidah Laurel DI SINI.. KLIK jer di sini sis.

 

Atau pembelian mudah secara manual , boleh di buat dengan :

1. PM di Facebook kami => https://www.facebook.com/messages/azidahscollection

2. Email kami => azidahcollection@gmail.com

3. SMS / WhatsApp => +6017-7850 858 (Azi)

Related posts: