Fesyen Baju Kurung Moden Corak Pelikat Rosel Super Comfy

Baju-Kurung-Moden-Cotton-Corak-Pelikat-selesa

Fesyen Baju Kurung Moden Corak Pelikat Terbaru

Lewat malam tadi.. kira-kira jam 11.40 malam.

Saya disapa oleh salah seorang pelanggan tetap lama Baju Kurung Moden kami, sis Azrina.

Selesai sahaja membuat pembayaran untuk kurung moden Rosel Oren yang ditempahnya secara Online.., kata sis Azlina:

Bila lagi koleksi terbaru akan keluar sis?

Dua tiga hari ni memang asyik pakai baju Azidah Collection je pergi kerja..

Maklumlah sudah ada beberapa pasang.

Memang SUPER COMFY !

Hehe .. tergelak saya dibuatnya. Biasanya para peniaga penjual baju kurung online yang mengejar pelanggan untuk mempromosikan produk baju kurung moden mereka.

Namun kami di Azidah Collection Online Boutique ini agak terbalik sikit sis. Sering kali sahaja koleksi baju kurung moden kami kehabisan stok sold out. Alhamdulillah ramai pelanggan baru dan lama kami berpuas hati dengan kualiti material kain koleksi baju kurung online kami.

Biasanya pelanggan lama kami yang di Group Facebook premium Azidah Collection akan dapat tahu dulu dan cepat-cepat mereka order design dan warna yang HOT sebagai koleksi baju kurung moden sebagai pakaian sehari-hari.

Namun buat sis sis pelanggan dan bakal pelanggan baru, jangan risau pula ye.

In shaa Allah kami di Azidah Collection akan sentiasa pastikan ready stok pelbagai jenis corak dan design fesyen baju kurung moden terkini mencukupi untuk sis sis semua.

 

Kain Baju Kurung Moden Corak Pelikat Rosel LEMBUT Sangat

Fesyen-Baju-Kurung-Moden-Corak-Pelikat

Kalau sis Azrina ber chatting dengan kami di private message FB Azidah Collection di waktu malam..

Ini pula sis Maizatul yang chatting dengan kami di saluran WhatsApp. Almaklumlah, masing-masing ada preferred channel tersendiri. Kami di AC, ok ajer sis . Cuma kadang-kadang ada juga terlewat balas emel, pm, sms atau WhatsApp.

Bukannya sebab disengajakan, ada kalanya kami sedang Solat, Makan Lunch atau Makan malam dan sebagainya. Kalau lambat sangat, mungkin sis boleh hantar follow-up kepada kami di AC ye.

Ini kata sis Maizatul dari Shah Alam, Selangor:

Assalam,

Sorry lambat update sis..

Baju dah sampai. Bestnya kainnya LEMBUT sangat

Sangat-sangat SELESA .. Rasa nak grab lagi Azidah Rosel dapat bonus nanti.

 

Fesyen-Baju-Kurung-Moden-Cotton-Corak-Pelikat

Sambil tersenyum lega sebab pelanggan kurung moden Rosel kami berpuas hati. Saya jelaskan kepada beliau bahawa Koleksi Rosel adalah jenis kain mahal berkualiti. Di import khusus dari luar negara Malaysia.

Oo no wonder kainnya lembut sangat.

Best2 puas hati .

Berbaloi baloi dengan harga dan shawl FREE.

Dah tak perlu pening-pening nak cari tudung.

Sis jangan terkejut pulak tauu , dengan setiap pembelian Kurung Moden Rosel.. kami hadiahkan sis sehelai Shawl secara PERCUMA yang matching dengan warna pilihan baju sis.

Tapi…. kalau sis lambat dan stok shawl kami dah susut, nampak gayanya terpaksa lah kami berikan SHAWL percuma yang tak matching. Huhu, serius sis. Memang ramai customer yang suka dengan shawl percuma ini.

Walaupun percuma, kami tetap cuba berikan KUALITI TERBAIK untuk sis. Jenis shawl panjang yang mudah untuk dililit lembut. Lembut tak kejung. Siap ada CURVE di hujung kiri dan kanan nya sis..

Ini kami ada sertakan Tutorial Shawl Azidah Seroja yang SENANG simple untuk dipakai. KLIK je sini sis.. >>

Jaminan Wang Dikembalikan dalam Masa 5 Hari Pembelian Baju Kurung Moden

Ada ramai juga pelanggan yang pertama kali dengan AC (Azidah Collection) merasa ragu-ragu dengan pembelian pertama mereka. Almaklumlah, pembelian secara Online tidak dapat untuk mencuba pakai baju kurung yang bersesuaian seperti di Butik Baju Kurung Offline.

Jangan risau sis, in shaa allah kami di AC akan cuba pilihkan jadual saiz yang bersesuaian untuk sis.

Apa yang perlu sis buat, hanya lah WhatsApp / WeChat / SMS / private message di Facebook page Azidah Collection. Nanti sis nyatakan berat dan tinggi sis untuk kami berikan nasihat cadangan saiz yang bersesuaian.

Selain dari itu, ukuran lilit dada dan punggung sis dalam ukuran inchi juga penting dalam penentuan saiz baju kurung moden yang bersesuaian ye.

Namun, kalau baju kurung moden yang diterima oleh sis tetap tidak sesuai i.e. samada terlalu besar gedoboh atau terlalu kecil sendat , kami berikan sis masa 5 hari untuk proses penukaran. Cuma ada kos penukaran RM10 untuk kami uruskan pos laju semula baju kurung saiz yang betul kepada pihak sis.

Sekiranya ada sebarang kerosakan ke atas Baju Kurung Moden yang diterima oleh pihak sis, kami di AC akan serta merta bank in kos penghantaran semula baju yang rosak tersebut kepada Butik Online Azidah Collection di Pasir Gudang, Johor.

Sebaik sahaja pihak kami selamat terima baju yang rosak, in shaa Allah kami akan serta merta membuat pulangan wang sis melalui Bank Transfer.

Jadi, jangan takut jangan risau tauu sis. Setiap pembelian produk baju kurung  moden Azidah Collection ada Jaminan Wang Sis Dikembalikan.

Lega tak sis .. ?

Sis sis nak tak kalau setiap kali kami Update Koleksi Baju Kurung Rosel corak ala pelikat terbaru, Sis adalah orang pertama dapat tahu dan Grab Cecepat dulu melalui saluran Email.

Jadi, tak adalah menggigit jari kalau terlepas warna dan corak Rosel yang cun-cun. ^_^

Kalau sis nak dapat Update Koleksi Rosel Terbaru, atau SALES OFFER secara percuma dari kami..

Sis boleh KLIK Disini atau Gambar bawah ini untuk langgan Azidah Collection Online Boutique secara percuma ye.

baju-kurung-moden-langgan-email

Related posts: