Jangan Beli Baju Kurung Jubah Cotton Lembut Jika Sis Jenis Suka Pakai Cotton Keras

buah-cotton-kapas

Rupa bentuk buah cotton

Cotton Lembut VS Cotton Keras

Untuk makluman sis, Koleksi Baju kurung pahang Laurel adalah jenis kain Cotton Lembut.

Ada pelbagai jenis kualiti kain cotton di dunia ni.

Ada jenis kain cotton lembut , dan ada juga kain cotton keras.

Kain cotton itu berasal dari apa ?

Cotton itu dalam Bahasa English, manakala Kapas pula dalam bahasa Melayu. Dulu masa saya kecil-kecil di kampung, memang selalu main buah kapas. Warna putih, lembut jer bila di pegang.

Tapi sekarang sejak berpindah ke Bandar pasir Gudang, Johor. Memang dah tak nampak jumpa pokok buah kapas ni..

Bermula dengan buah kapas ini lah pihak kilang kain memproses dengan mencampur adukkan segala bahan-bahan lain untuk di jadikan benang, dan seterusnya kain untuk di buat pakaian.

Cotton Tebal VS Cotton Nipis

baju-kurung-kain-cotton-tak-tebal-tak-nipis

Tebal atau nipis nya kain cotton, BERGANTUNG kepada selera si pemakainya.

Secara LOGIK nya, kalau kain cotton tebal .. memang tak lembut.

Contoh, dulu tahun 2014 kami ada keluarkan koleksi baju kurung moden cotton AAA Alea. Ia nya jenis kain cotton yang lebih tebal kalau nak banding dengan kain cotton Laurel.

Namun, ada pelanggan kami yang tak selesa dengan cotton tebal AAA Alea.

Jadi, kami keluarkan pula kain cotton LEMBUT jenis Laurel. Alhamdulillah, ramai yang suka.

 

Apa kata pelanggan yang dah Miliki Lebih 10 pasang Baju Kurung Cotton Laurel?

Kami ada bertanya dengan salah seorang pelanggan tetap kami, Sis Norasiah:

Sis selalu pakai laurel kan ?

Survey sikit.. sis rasa , kain laurel ni nipis ke ?

Kalau nipis , kenapa sis terus membeli laurel ?

baju-kurung-pahang-cotton-laurel-tak-gosok

Ini jawapan dari beliau:

Laurel bagi saya Tak nipis sangat laa

Saya suke sebab kain Tak panas macam cotton yang lain

Pastu Lembut dan SELESA dengan cuaca panas sekarang

Sebelum ni saya ade beli cotton jugak

Tapi Tak sama macam kain Laurel tu

Kain cotton yang penah beli tu agak kasar, bila pakai macam keras jerr

Senang citer Tak selesa laa

Saya dah Tak pakai dah.. Asyik pakai Laurel jer

Kalo nak gosok pun senang..

Tak gosok pun takpe , janji lepas basuh hanging jerrr 😊

Terima kasih banyak sis Asiah , dan terima kasih banyak juga kepada semua pelanggan AC yang meminati kain cotton lembut Azidah Laurel.

 

Online Shopper VS Offline Shopper

Berbeza mindset online vs offline shopper ni.

Online shopper baju kurung ni biasa jenis yang bekerja pejabat. Kurang masa untuk pergi shopping baju kurung untuk di pakai pergi kerja. Jadi kami selesaikan masalah ” tak ada masa ” nak pergi shopping.

Wanita bekerjaya memang agak lincah ke sana ke mari untuk selesaikan tugasan pejabat harian.

Jadi memang sangat SELESA bila pakai kurung cotton jenis lembut. Serap peluh.

Manakala Offline shopper , jenis wanita agak cerewet . Biasa mereka suka pegang-pegang dahulu untuk rasa kualiti kain.

Di nasihatkan agar sis sis yang jenis offline ini tidak membeli koleksi baju secara Online. Baik beli kain atau baju di kedai sahaja.. untuk elakkan pertengkaran di belakang hari.

Seeloknya pergi lah ke kedai pakaian pilihan sis.

 

Apa Kata pelanggan Jubah Cotton Azidah Raysa Kami?

jubah-kain-cotton-satin-sedap-pakai

Ya saya pakai saiz M. Jubah saya beli hari itu .. OK Sedap pakai.

Terima kasih sis sebab repeat order koleksi Jubah Cotton Azidah Raysa.

Walaupun sudah pukul 12 malam.. masih sempat lagi shopping 2 pasang koleksi Jubah Azidah Collection.

Berat badan 65 kg, tinggi 163 cm > In shaa allah muat selesa saiz M. Jika ambil L, memang agak besar. Sebab kami di AC jenis cutting besar.

 

Nak dapatkan Khidmat Nasihat Cadangan Saiz Baju Kurung atau Jubah Yang Sesuai ?

Untuk cadangan saiz yang sesuai, sis boleh berikan kami maklumat Berat dan Tinggi.

In shaa allah berdasarkan pengalaman 3 tahun kami Online Boutique, kami dapat anggarkan saiz yang sesuai dengan tubuh badan sis.

 

3 Cara Mudah untuk Membuat Pembelian

(+) Pembelian Secara Online

– Baju Kurung Cotton , KLIK jer >> Baju Kurung Cotton Azidah Laurel

– Jubah Cotton , KLIK jer >>  Jubah Cotton Azidah Raysa

(+) Melalui SMS / WhatsApp : +6017-7850 858 (Azi)

(+) Email : azidahcollection@gmail.com
Follow kami di IG >> @ azidahcollection

Related posts: