Tentang Kami

butik online azidah collection

Azidah Collection Sdn. Bhd. (1116703-X) memulakan operasi Baju Kurung Online Boutique sejak akhir tahun 2012 dengan menjual pelbagai koleksi Baju Kurung Moden.

Namun atas permintaan ramai pelanggan kami, pada tahun 2014 Azidah Collection memutuskan untuk menyediakan pelbagai jenis Kurung Moden, Kurung Pahang dan Jubah Cotton secara 100% Online.

Azidah Collection berhasrat untuk menghasilkan pelbagai jenis koleksi material dan corak Baju Kurung dan Jubah. Oleh itu, kami sentiasa membuat kajian material kain berkualiti dari dalam dan luar Malaysia.

Penggunaan bahan kain yang berkualiti tinggi serta mementingkan tahap kualiti dan kekemasan jahitan terhadap setiap pasang Baju Kurung dan Jubah yang dikeluarkan.

Ada antara Koleksi Baju Kurung dan Jubah kami, disertakan dengan Selendang Shawl PERCUMA untuk dipadankan dengan warna pilihan baju. Jenis shawl panjang dan lebar untuk memudahkan para pelanggan kami supaya tidak pening-pening untuk mencari warna tudung yang bersesuaian.

Syukur Alhamdulillah apabila semakin ramai para pelanggan Online dan Offline kami menggemari design koleksi Baju Kurung dan Jubah Cotton terkini. Penekanan utama dalam aspek Keselesaan material kain memakai, Kualiti jahitan untuk jangka masa panjang dan Cutting ukuran yang bersesuaian dengan bentuk tubuh badan wanita kini mula diterima baik.

Terima kasih kami ingin ucapkan kepada semua para pelanggan dan kepada semua pihak yang terus menyokong Azidah Collection sejak dari awal penubuhannya. In shaa Allah kami akan terus memperbaiki tahap perkhidmatan dan produk kami dari masa ke semasa.

Pejabat Utama (HQ)

Azidah Collection Sdn. Bhd. (1116703-X)
No 18, Jalan Siakap 7,
Taman Pasir Putih,
81700 Pasir Gudang,
Johor.

Tel: +607-251 1371
Hotline: +6017-7850 858
Email: azidahcollection@gmail.com

Kami hanya beroperasi 100% secara online sahaja. Waktu pejabat kami dari hari Isnin sehingga Jumaat dan bercuti pada hari Sabtu dan Ahad. Waktu operasi kami bermula dari jam 9 pagi sehingga 4.30 petang. Harap maklum.

No comments yet.

Leave a Reply