Tutorial Halfmoon Shawl Panjang yang Senang Simple

Tutorial-Halfmoon-Shawl-Panjang

Tutorial Halfmoon Shawl Panjang Azidah Seroja

Syukur alhamdulillah, ramai pelanggan baju kurung Azidah’s Collection gembira puas hati apabila kami ambil keputusan untuk menghadiahkan sehelai Haffmoon Shawl panjang untuk setiap pembelian koleksi baju berikut :

  • Baju Kurung Moden Aizdah Carmela, Corak kecil-kecil comel jenis kain Cotton lembut
  • Baju Kurung Moden Azidah Rosel , Corak ala-ala kain Pelikat yang dijahit dari material cotton
  • Baju Kurung Pahang Azidah Rosel
  • Jubah Dress Nursing friendly , yang juga ber materialkan kain cotton selesa memakai

 

Tutorial Halfmoon Shawl  untuk Fans Azidah’s Collection

Tutorial Halfmoon Shawl Panjang Simple Langkah 1

Kami di AC, ada menerima pesanan ringkas whatsApp yang meminta kami adakan Tutorial halfmoon shawl yang dipakai oleh model kami. Katanya cantik sangat half moon shawl dipakai dengan inner magic. Nampak runcing muka gitu.

Bagaimana ye sis cara pakai halfmoon percuma tu ?

Kain lembut sedap pakai , tapi saya tak pandai macam mana nak lilit shawl bagi cantik macam model pakai..

Tolong lah buatkan tutorial memakai chiffon shawl Seroja tu sis. Huhu

Itulah antara sesi chatting dengan pelanggan baju kurung kami. Baju dah cantik, pakai shawl pun mestilah nak cantik juga kann sis..

Baiklah sis, mari kami tunjukkan 6 langkah mudah tutorial pakai shawl chiffon Azidah Seroja untuk digayakan dengan baju kurung keluaran Azidah’s Collection.

 

Langkah Demi Langkah Tutorial Halfmoon Shawl yang Senang Simple

 

Langkah 1 tutorial pakai shawl :

Letakkan shawl chiffon georgette di atas kepala sis.

Sama rata kan panjang shawl kiri dan kanan. Kemudian, Pin kan shawl dengan menggunakan Brooch.

Tutorial Halfmoon Shawl Panjang Simple Langkah 2

 

Langkah 2 tutorial pakai shawl:

Ini lah hasilnya selepas pakai Brooch di bawah dagu. Rehat tarik nafas dulu ye sis..

Tutorial Halfmoon Shawl Panjang Simple Langkah 3

 

Langkah 3 tutorial pakai shawl:

Kemudian, selak shawl di kiri ke belakang. Dan ambil hujung shawl sebelah kanan dan siap sedia untuk pin kan di bahu kiri.

Tutorial Halfmoon Shawl Panjang Simple Langkah 4

 

Langkah 4 tutorial pakai shawl:

Perkemaskan sikit-sikit shawl tadi. Selesakan diri sis dengan keadaan shawl half moon sis tadi.

Dicadangkan supaya sis gunakan brooch yang tajam. Supaya fabrik shawl dan baju kurung sis tak rosak berlubang.

Tutorial Halfmoon Shawl Panjang Simple Langkah 5

 

Langkah 5 tutorial pakai shawl:

Bawa shawl panjang lagi satu dan sedia untuk pin di belakang kepala pula.

Tutorial Halfmoon Shawl Panjang Simple Langkah 6

 

Langkah 6 tutorial pakai shawl:

Pin kan guna Jarum peniti atau brooch di belakang kepala pula. Cutting selendang shawl memang dijahit curve supaya mudah terbentuk cantik dipakai.

Tutorial Halfmoon Shawl Panjang Simple Langkah 7

 

Alhamdulillah, dah siap pun dear. Shawl ini labuh depan dan belakang. Sekarang shawl halfmoon Seroja dah nampak macam tudung double layer kan dear.

Boleh digayakan bersama dengan Inner Magic atau Inner Neck kegemaran sis sis ye

Mudah sahaja pakai Shawl Seroja ni kan sis.. Selemat Mencuba !

Tutorial Halfmoon Shawl Panjang Simple Langkah 8

Gaya shawl halfmoon panjang Seroja ini memang ringkas dan mudah untuk digayakan.

Hanya RM39 sahaja termasuk pos laju untuk long shawl dengan saiz +-175 x 68 cm (Panjang x Lebar).

Sis sis boleh dapatkannya di Facebook kami Azidah’s Collection atau boleh terus buat pembelian mudah di Online Shopping Cart kami > Halfmoon Shawl Azidah Seroja.